Menjana Pendapatan Dan Ilmu Online

Pendapatan Sampingan,Buat Duit,Dapat Duit,Affiliate,Wang Siber,Duit Tambahan,Wang Online,Pendapatan Online,Side Income dan Jana Income Melalui Online semuanya memerlukan Ilmu Dan Usaha

Rahsia MLM
Alternatif Kepada Google Adsense
Get Chitika eMiniMalls

Cool Gadget
ANTI SKIM CEPAT KAYA
Friday, August 3, 2007
PPC selain Google adsense
Google adsense(paid per click) sudah mencipta sejarah bagi Google.Ternyata begitu ramai yang mendapat maanfaat daripada Google adsense.Ianya begitu popular sebagai salah satu cara mencipta atau menjana pendapatan sampingan daripada internet tanpa mengeluarkan sebarang modal.Tidak ketinggalan adalah internet marketer Malaysia,turut sama mendapat maanfaat sama ada secara langsung,paparkan Google adsense pada web site atau secara tidak langsung contohnya hasilkan e book guide atau panduan google adsense.Nampaknya setakat ini Googgle adsense masih merupakan ads yang smart serta mampu disesuaikan dengan semua content atau title bagi setiap web site atau pun blog
Get Chitika eMiniMalls
Namun rasanya tidak salah jika kita mencuba selain daripada google adsense.Kenapa pula?Ya lah walaupun tidak sehebat Google adsense ads yang lain sebenarnya turut merupakan PPC yang agak baik sebagai contohnya Chitika eminiMall dan Bidvertiser, serta banyak lagi.Malahan Darren Rowse(Problogger.net) turut mengesyorkan Chitika emini Mall sebagai salah satu money makers di blognya.Jadi bagaimana pilihan anda.Chitika agak berbeza kerana mengetengahkan produk sebagai iklan utama.Namun ratio bagi setiap click agak tinggi dan menjadi pilihan ramai blogger kini.Bayarannya boleh di dalam bentuk cek,rasanya minimum pay out ialah USD 25.00.Jadi tak salah kalau kita mencuba sesuatu yang baik.Cuma pendapat saya Chitika sangat berkesan bagi website atau blog tentang gadget,kerana adsnya juga tentang gadget(dari kecil seperti aksesori hinggalah yang besar seperti alatan untuk senaman.Jadi selamat mencuba

Labels: ,

|

Add to any service

Thursday, August 2, 2007
Flickr Leech Lebih Laju Dari Flickr

Anda sudah biasa dengan Flickr,komuniti yang share gambar serta salah satu cara untuk meningkatkan traffic web site masing-masing.Namun kekadang Flickr sewaktu search gambar masa yang diambil mungkin agak lama serta terhad kepada word yang kita taip sahaja,rasanya setakat 20 pic sahaja,tetapi dengan menggunakan search Flickr Leech.Net ko orang boleh dapatkan 200 gambar sekaligus,menarik bukan? Namun bagi yang gunakan dail up mungkin akan ambil masa yang lama,maklumlah 200 keping gambar.Bagi blogger yang minat dengan Flickr dan sudah ada widget Flickr,ini mungkin membantu anda

Labels: ,

|

Add to any service

Tuesday, July 31, 2007
MLM Belajarlah Dari Orang Yang Berilmu




Multi level marketing.... atau MLM adalah salah satu perniagaan yang agak popular kini,namun oleh kerana terdapat pelbagai penipuan yang berselindung di sebalik MLM,sebut sahaja kita terus berfikiran negatif.Maklumlah ramai di antara kita yang dah terkena saya juga tidak terkecuali.Antaranya termasuklah skim binary( amat mirip dengan skim cepat kaya )Antara ciri binary yang penting termasuklah downline yang perlu ditaja agak sedikit selalunya hanya 2 kaki sahaja dan 2 orang downline kita ini turut melakukan tugas yang serupa.Malahan jumlah permulaan bagi modal binary ini agak tinggi.Walaupun tidak dinafikan ramai yang berjaya terdapat terlalu ramai yang gagal.Mungkin mind set orang kita hanya ingat nak cepat kaya aje.

Sebenarnya apabila penipuan demi penipuan berlaku ia membawa nama buruk kepada MLM.Ramai yang berfikiran negatif apabila berbicara tentang MLM.Pendapat saya begini memang kita sepatutnya amat berhati-hati dengan pelbagai penipuan syarikat MLM yang tidak bertanggungjawab dan kita perlu melengkapkan ilmu kita tentang business ini sebelum menceburinya dan kalau dah join sepatutnya proses pembelajaran berterusan dan mind set perlu betul.MLM bukanlah medan untuk kaya dengan sekelip mata dan bukan hanya untuk duit semata-mata.Banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkankan antaranya:

1 Lengkapkan diri dengan ilmu,pembelajaran berterusan sedia untuk mengajar(memberikan
ilmu) dan sedia untuk diajar.Pelajari teknik yang betul tentang MLM contohnya macan internet marketing Sdr Zamri Nanyan,beliau terus belajar dari orang yang expert dan sanggup merendah diri serta membina tali persahabatan yang kukuh dengan usahawan MLM terkemuka Amerika,Tom Schreiter yang mempunyai income yang agak luar biasa di dalam MLM sehingga terbitnya buku Rahsia Merekrut Dalam MLM


2 Hati perlukan kejujuran dan semangat yang kental dan gigih.Kejujuran penting untuk membina perniagaan yang stabil dan berwibawa.

3.Rancang perniagaan MLM anda dengan baik untuk semua segi.

Walau apapun perniagaan MLM anda( bukan binary atau skim cepat kaya) belajarlah tentang ilmu perniagaan ini yang betul supaya anda tidak kecewa.dan semoga rezeki kita sentiasa diberkati

Labels: ,

|

Add to any service

Saturday, July 28, 2007
Blog Saya di Index Oleh Google Akhirnya

Memang agak lama saya tidak menulis ,bukan apa kesibukan tugas agak membataskan saya.tapi dalam sibuk sibuk pun saya masih sempat bersama blog ini.Sebenarnya saya cuba submit kat search enjin terutama uncle Google ,ternyata hasilnya memang menggembirakan saya.Robot Google sudah crawl blog saya pada 13 Jun lalu.Nampaknya segala penat lelah buat meta tag sudah berbalas..ho..ho..ho.. Alhamdulillah.Macam mana saya boleh tahu yek? Sebenarnya kat sini saya nak kongsi pengetahuan yang saya ada,kerana newbie macam saya ini bukannya pandai sangat.tapi ilmu internet perlu dikuasa dan ilmu perniagaan perlu diusahakan

Saya menggunakan Google webmaster tool.free dan mudah aje,buka akaun google free .Google webmaster tool ini sangat berguna jika kita nak tengok sama ada meta tag sesuai atau tidak,disamping itu memudahkan robotnya nanti nak lawat web site kita dan seterusnya boleh masuk search enjinnya.Malah kita turut boleh verify meta tag kita untuk memudahkan lagi robot search enjin Google nak crawl web site atau blog kita.jadi kalu newbie cam saya dah submit blog ko orang kat uncle Google tetapi nak tahu sama ada dah di index atau belum bolehlah guna webmaster tool nie.Ok harap-harap dapat membantu anda semua.semoga sukses selalu

Labels: ,

|

Add to any service

Saturday, June 9, 2007
Salam Perkenalan
Assalamulaikum dan selamat sejahtera,salam perkenalan kepada semua.Semoga terciptanya blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.Saya teruja dengan tajuk yang dipilih kerana memang ramai yang berminat untuk menjana pendapatan melalui internet.Nampaknya seperti mudah tetapi saya percaya jika tanpa komitmen dan ilmu yang dijana dengan ikhlas serta yakin sukar untuk berjaya menghasilkan duit melalui online.

Saya akui saya sebenarnya adalah orang baru,masih banyak yang perlui dipelajari terutamanya apabila mengambil contoh usahawan atau internet marketing yang hebat dan otai seperti Saifulsham,Zul Smartusaha,Kidino,Zamri Nanyan,Alang( sekadar sebut beberapa nama aje) saya memang jauh ketinggalan.Masih banyak yang perlu dipelajari dan hendak dibuat.Masih banyak kekurangan dan banyak benda yang perlu dipelajari.Namun blog ini tidak berminat untuk membincangkan tentang pelaburan internet,HYIP dan pelbagai skim buat duit yang tidak jelas sumber duitnya,halal atau haram dan selalunya tidak kekal lama.Kawan sekerja saya pernah join HYIP (pelaburan internet)tetapi akhirnya duitnya hilang begitu saja,jadi tujuan saya bukan untuk program buat duit seperti itu tetapi sesuatu yang lebih bermaruah serta berkekalan.Mungkin saya agak ketinggalan di dalam membina blog,maklumlah sekarang ramai sekali yang sudah mempunyai blog sendiri.Namun apa salahnya mencuba.Semoga usaha kecil saya ini mampu memberi kebaikan kepada pembaca blog ini.Doakan kejayaan kita semua Amin.


Labels:

|

Add to any service

About Me

Name: nizayu
Home:
About Me:
See my complete profile
Artikel Terkini
Archives
Template by

BLOGGER

Blog Links

Ukhwah.com :: Top Blog

Top Business blogs