
Multi level marketing.... atau MLM adalah salah satu perniagaan yang agak popular kini,namun oleh kerana terdapat pelbagai penipuan yang berselindung di sebalik MLM,sebut sahaja kita terus berfikiran negatif.Maklumlah ramai di antara kita yang dah terkena saya juga tidak terkecuali.Antaranya termasuklah skim binary( amat mirip dengan skim cepat kaya )Antara ciri binary yang penting termasuklah downline yang perlu ditaja agak sedikit selalunya hanya 2 kaki sahaja dan 2 orang downline kita ini turut melakukan tugas yang serupa.Malahan jumlah permulaan bagi modal binary ini agak tinggi.Walaupun tidak dinafikan ramai yang berjaya terdapat terlalu ramai yang gagal.Mungkin mind set orang kita hanya ingat nak cepat kaya aje.
Sebenarnya apabila penipuan demi penipuan berlaku ia membawa nama buruk kepada MLM.Ramai yang berfikiran negatif apabila berbicara tentang MLM.Pendapat saya begini memang kita sepatutnya amat berhati-hati dengan pelbagai penipuan syarikat MLM yang tidak bertanggungjawab dan kita perlu melengkapkan ilmu kita tentang business ini sebelum menceburinya dan kalau dah join sepatutnya proses pembelajaran berterusan dan mind set perlu betul.MLM bukanlah medan untuk kaya dengan sekelip mata dan bukan hanya untuk duit semata-mata.Banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkankan antaranya:
1 Lengkapkan diri dengan ilmu,pembelajaran berterusan sedia untuk mengajar(memberikan ilmu) dan sedia untuk diajar.Pelajari teknik yang betul tentang MLM contohnya macan internet marketing Sdr Zamri Nanyan,beliau terus belajar dari orang yang expert dan sanggup merendah diri serta membina tali persahabatan yang kukuh dengan usahawan MLM terkemuka Amerika,Tom Schreiter yang mempunyai income yang agak luar biasa di dalam MLM sehingga terbitnya buku Rahsia Merekrut Dalam MLM
2 Hati perlukan kejujuran dan semangat yang kental dan gigih.Kejujuran penting untuk membina perniagaan yang stabil dan berwibawa.
3.Rancang perniagaan MLM anda dengan baik untuk semua segi.
Walau apapun perniagaan MLM anda( bukan binary atau skim cepat kaya) belajarlah tentang ilmu perniagaan ini yang betul supaya anda tidak kecewa.dan semoga rezeki kita sentiasa diberkatiLabels: internet marketing, MLM |